Saya Muhammad Syahrul Naim bin Mangku, berasal dari Semporna Sabah dan dilahirkan pada 17 Disember 1997 di Hospital Besar Tawau, Sabah. Mempunyai 3 orang adik beradik dan saya adalah yang paling bongsu. Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2019 Disember dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sukan dan Rekreasi.
|
Hobi saya
Badminton adalah sukan kegemaran yang kerap saya lakukan sekali seminggu. Walaubagaimanapun, tujuan saya bersukan adalah untuk sihat, bukannya mahu tunjuk hebat. |
Bermain kereta alat kawalan jauh.
Walaupun saya suka bermain badminton. Bermain kereta alat kawalan jauh (RC) juga merupakan hobi yang gemar saya lakukan. Segelintir masyarakat menganggap bahawa aktiviti seperti ini hanya layak dilakukan oleh golongan kanak-kanak. |
Mendaki bukit (hiking)
Pada hujung minggu, saya juga gemar bersama kawan-kawan saya untuk mendaki bukit di Bukit Parapat Semporna, Sabah. |