Pakaian
Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa. |
Stretching
Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan ataupun basic stretching sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian. |
Bekalan makanan/minuman
Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan berat seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda tercungap-cungap dan tiada tenaga untuk mendaki. Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air isotonik seperti 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kekejangan otot berlarutan semasa pendakian. |